Laman Utama

signboard-madrasah Full

Program Ibadah Qurban dan Misi Kemanusiaan 2024  @ Kemboja

Assalamualaikum wbt. Terimakasih saya ucapkan kepada semua kakitangan yang telah menjayakan Program Ibadah Qurban dan Misi Kemanusiaan 2024 di Kemboja pada 15/06/24 - 19/06/24.

Ustazah Fittriyah Bt Salleh selaku Mudirah MANHAJ dan Pegawai Pengurusan, Ustaz Zakariya Mudir Madrasah Manhaj Darul Musthofa dan Asrama Manhaj Al-Baraqah berserta kakitangan dari Singapura iaitu Tuan Johairee Ali, Tuan Juraimi Ali, Tuan Adam Osman bersama isteri, Tuan Zolkarnain A Hamid bersama isteri, Tuan Hj. Kamaruzaman Yusop disertai dengan Team Thibbun Nabawi yang telah menjayakan program ini.

Kepada semua Jemaah yang terlibat dan mengambil bahagian dalam program ini dengan secara langsung ataupun tidak, semoga Allah membalas jasa budi anda semua. Amin ya rabbal alamin. Kami dari pihak Manhaj ingin meminta maaf jika ada kekurangan dalam menjalankan tugas.

Sesiapa yang berminat ingin menghulurkan sumbangan bagi Misi Kemanusiaan di Kemboja,
sila PM atau email kami: admin@tahfizmanhaj.com
Atau langsung terus kePOSB current Acct: 809-06259-7
PayNow : 9855 9034

Ikhlas,
TG Rifin / Penasihat & Pengasas

Sesiapa yang berminat ingin menghulurkan sumbangan bagi Misi Kemanusiaan di Kemboja, sila PM atau email kami: admin@tahfizmanhaj.com
Atau langsung terus ke
POSB current Acct: 809-06259-7

PayNow : 9855 9034

Ikhlas,
TG Rifin / Penasihat & Pengasas
Ustazah Fittriyah / Pengerusi & Mudirah
FB Page: @tahfizmanhaj / @manhajassociation / @manhajdarulmusthofa
Hp# +65 9855 9034

PS - Sila kongsi kepada semua keluarga dan teman-teman peluang yang tinggi darjatnya dan pulangan pahala Yang amat tinggi. Insyaallah....

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Firman Allah SWT dalam surah al-Munafikun ayat 10, bermaksud: "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh."

Sumbangan bagi Kos Penyelengaraan Madrasah Nurul Hafizah Angkor Jea @ ‘MANHAJ’ Kemboja

Assalamualaikum kepada semua umat Islam di Singapura dan juga seluruh Nusantara yang dirahmati Allah sekalian. Sumbangan bagi Kos Penyelenggaraan Madrasah Nurul Hafizah Angkor Jea @ MANHAJ Kemboja. Madrasah Nurul Hafizah Angkor Jea atau singkatannya “MANHAJ”. Madrasah ini telah dibina oleh seorang anak jati Singapura yang telah berkecimpung sebagai aktivis dan sukarelawan masuk tahun ke 10 tahun ini. Memandangkan melihat keadaan anak-anak yatim dan fakir miskin yang tanpa pelajaran dan serba kekurangan maka terbinalah Madrasah ini.

Madrasah MANHAJ memerlukan sumbangan bagi Kos Penyelenggaraan Seperti berikut:

1) Makanan dan pakaian seharian serta asrama penuh bagi penginapan anak-anak yatim Hafizah
2) Kos menampong pembelajaran dan uniform bagi anak anak yatim Hafizah

3) Kos pembayaran guru-guru tahfiz dan penyelenggaraan bangunan tahfiz
4) Segala urusan anak anak yatim Hafizah seperti Al-Quran, telekung, sejadah, katil bertingkat dan lain-lain.

Untuk sumbangan kos penyelenggaraan MANHAJ sila email kami: admin@tahfizmanhaj.com
Atau langsung terus ke
POSB current Acct: 809-06259-7
PayNow : 9855 9034

Kami mulakan dengan setapak demi setapak. Alhamdulillah... dengan berkat sumbangan dari Jemaah sekalian, Allah akan mempermudahkan segala urusan Insyaallah.

“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.“ (Hadis Riwayat Muslim)

Yang Ikhlas,
TG Rifin
Penasihat/Pengasas MANHAJ

PERASMIAN MADRASAH NURUL HAFIZAH ANGKOR JEA. 

Alhamdulillah... Majlis Perasmian Madrasah Nurul Hafizah Angkor Jea @ Kemboja yang telah dirasmikan pada tanggal 28hb Februari 2021 bersamaan 16 Rejab 1442H di Angkor Jea Village,  Sralap, Sangkat Soung, Krong Song, Tbaung Khmum, Kemboja.

Kami dari pihak MANHAJ ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Ustazah Fittriyah Bt Salleh iaitu Mudirah kami yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis ini. Tidak jupa juga kepada Ustaz TM Fouzy dan Tuan Haji Sidek bersama Thibbun Nabawi yang telah banyak menyokong dan membantu kami demi Pembinaan Manhaj kami. Jamilah Masnum yang telah banyak menghulurkan bantuan membina waqaf perigi yang berjumlah lebih dari 200 buah di seluruh Negeri Kampong Cham, Kemboja.

Serta semua "Kumpulan Jemaah Singapura" yang tak berputus-putus menghulurkan bantuan dan sumbangan. Semoga segala amalan dan sumbangan anda semua dibalas Allah dengan kebaikan dunia akhirat.Amin ya rabbal alamin.

TG Rifin
Penasihat/Pengasas MANHAJ

Manhaj
They ask you, [O Muhammad], what they should spend. Say, "Whatever you spend of good is [to be] for parents and relatives and orphans and the needy and the traveler. And whatever you do of good - indeed, Allah is Knowing of it."
Surah Al-Baqarah 2:215